
Tajuk di atas hanya pancing sahaja. Kami langsung tiada niat sedikit pun untuk cerita pasal sejarah bola. Cuma di sini kami ingin jelaskan mengapa blog ini dicipta. Blog "ballbola" ini adalah kolaborasi pertama diantara Fabio Kery dan David Perkham. Fabio Kery adalah seorang bekas pemain profesional bola sepak tepi padang mewakili planet bumi dan pakar mencari duit di depan gol, manakala David Perkham adalah seorang pakar sepakan lencong ke rumah orang lain dan mempunyai google maps di bahagian belakang tengkuknya.
"ballbola" akan memberi penerangan mengenai situasi bola sepak dunia. Jikalau ada pelawat yang tidak mahukan penerangan, tetapi dahagakan penerajang, kami juga sudi membantu. Kami akan sedaya upaya untuk berlaku adil dalam memberi ulasan mengenai bola sepak. Andai kata ulasan kami agak berat sebelah, padan muka anda. Siapa suruh anda tidak meminati pasukan bola sepak yang sama dengan kami. Dari dalam dan luar negara, berita hangat mengenai bola sepak akan disampaikan kepada anda, hingga anda tidak dapat tidur malam.
Kami berharap anda berasa terangsang dan ingin merusuh apabila membaca ulasan kami.
Terima Kasih (gaya Amy Search).
oh u both.....INSANE!!!
ReplyDeletewakakkakakaaka...aku takleh tahan gelak bace blog ni...pls darlingsssssssssssssss....write more post here ya!