Monday, August 17, 2009

Malaysia: Piala Malaysia akan bermula tidak lama lagi

Piala Malaysia akan bermula tidak lama lagi. Ini kerana Liga Super dan Piala FA telah tamat pada awal bulan Ogos ini. Kedua-dua kejuaraan telah dimenangi oleh pasukan bola sepak Selangor yang diketuai Amri Yahyah. Juara tahun lepas yang hanya mengharapkan pemain import, Kedah, berada di tempat kedua Liga Super. Tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan dari Pantai Timur, Kelantan. Selangor juga telah berjaya mengalahkan Kelantan di dalam final Piala FA. Nampak seperti Selangor satu pasukan yang kuat dari saya kecil lagi.

Apa yang menarik mengenai bola sepak Malaysia kebelakangan ini ialah mengenai pembabitan pasukan Polis Di Raja Malaysia dalam kancah bola sepak tempatan. Untuk pengetahuan, pasukan Polis dan Pahang telah tersingkir ke Liga Perdana untuk musim depan. Mengikut naluri saya, pasukan Polis tidak pernah berjaya mendapat tempat ke 4 dari bawah. Setiap liga yang mereka masuk, pasti berada di tempat tercorot. Apa maknanya?

Saya ada menonton perlawanan terakhir pasukan Polis tempoh hari. Pemain-pemain pasukan polis kelihatan tersenyum sambil menyelitkan duit di celah seluar mereka ketika mahu masuk ke padang. Apa kes?

No comments:

Post a Comment