Monday, August 17, 2009

EPL: Arsenal hanya di awal musim

Secara jujur, saya sedikit pun tidak berniat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak EPL. Ini adalah kerana EPL sangat membosankan. Hanya segelintir peminat yang baru nak kenal dengan dunia bola sepak sahaja yang akan memberi fokus kepada EPL. Saya juga berasa lebih baik jika saya pergi memancing dari menyaksikan budak-budak seperti Rooney, Torres, Lampard dan Nasri bermain bola. Tahap mereka jauh jikalau nak dibandingkan dengan pasukan gergasi seperti Real Madrid.

Setelah pasukan Chelsea memenangi Perisai Komuniti pada minggu lepas, giliran Arsenal untuk tunjuk belang pada minggu ini. Kemenangan 6-1 ke atas Everton agak mengejutkan dan membuatkan peminat-peminat Arsenal macam hilang pedoman. Meraka tidak sedar bahawa Arsenal hanya garang untuk 3 bulan pertama sahaja, dan akan mengekalkan tempat ke-4 sehingga ke hujung musim. Bengap kan?

Kekalahan 1-2 Liverpool kepada Totenham Hotspurs juga sudah diduga. Alasan Rafael Benitez berkenaan dengan masih awal musim, sangat tidak boleh diterima. Mana ada pasukan yang target nak kalah perlawanan pertama. Sangat tidak sekolah pemikiran pengurus Liverpool tersebut. Dan juga mengenai kemenangan 1- 0 Manchester United ke atas Birmingham juga boleh dikatakan tidak sengaja. Kemenangan tersebut sepatutnya dihadiahkan kepada tiang gol tersebut. Rooney yang berlari-lari selepas menjaringkan gol memang muka tak malu. Gol nasib pun nak bangga ke?


Apa kes? Wayne Kamel?

Mengenai Chelsea yang dikendalikan pengurus baru, Carlo Ancelloti, hanya menang 2-1 ke atas Hull City. Harus diingat, Chelsea memang dari dulu hanya suka menang tipis. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan peminat pasukan Chelsea, tak kira sama ada yang pure dari dulu mahupun yang baru nak sokong selepas Abramovich suntik duit besar-besaran, bahawa Ancelloti waktu dekat AC Milan dulu memang barai dalam bola sepak.


Mamat ni tengah kikis duit Abramovich!

1 comment:

  1. goddammit!! hahaha...what the hell of pic u put on ronni?? u are such a reasonable and logic commentator...but quite funny in other way round! wawawawa...can't stand myself to laugh more...i definitely will follow this blog! lain kali kau cr cite dan bahan kutuk ronaldo plak...tu pun klu ko anti die aa...klu kau peminat sampai mati die..sorry for such suggestion!haha

    ReplyDelete