Thursday, August 20, 2009

Kelayakan Liga Juara-Juara: Sekali lagi dingatkan, Arsenal hanya di awal musim

Arsenal, peserta tetap perlawanan play-off Liga Juara-Juara setiap tahun telah memenangi dengan jaringan teramat nasib. Taraf 2 gol yang mereka dapat hanya di sekolah rendah sahaja. Maksud saya, kalau gol nasib macam tu, budak sekolah rendah pun boleh buat kan? Ketika melihat siaran secara langsung mengenai perlawanan ini di YouTube, saya sedikit pun tidak terkejut melihat gol nasib oleh Willian Gallas. Cuma, ada sedikit rasa nak tendang meja bila melihat Gallas beria-ria berlari celebrate gol tak seberapa itu. Agak geram juga.

Untuk tidak membuang masa (malas tulis sebenarnya), di bawah saya sertakan clip perlawanan tersebut.

Piala Cakerawala : Ursapolo jaringkan kemenganan Marikh

Marikh telah memenangi perlawanan peringkat pertama menentang Pluto dengan jaringan 1-0. Gol dijaringkan oleh Udajki Ursapolo yang juga mewakili kelab terhebat di Marikh, Ledonko. Ursapolo yang mempunyai 8 kaki telah menggunakan kelebihan kaki nya untuk menendang pengadil.

Pada minit ke 413, Ursapolo terpaksa diusung keluar apabila kakinya tidak dapt diuraikan kembali setelah cuba membuat skill kaki silang ala Cristiano Ronaldo.

Apa punya palat la entri ni?

EPL: Chelsea menang...?

Sengaja dilambatkan berita kemenangan Chelsea ini. Terus terang saya katakan saya tidak menonton secara live perlawanan ini. Dan saya juda tiada mood untuk bercerita mengenainya. Kemenangan 2-1 ke atas Sunderland pasti membuatkan penyokong kelab milik jutawan Rusia ini memekak selama 2 hari.

Agak menjengkelkan apabila Lampard berlari-lari keriangan selepas menyepak masuk gol penalti yang menjadi gol kedua mereka. Gol penalti pun nak riuh rendah ke? Tidak dinafikan gol ke 3 mereka agak cantik, hasil jaringan Deco. Tapi nak riuh rendah buat apa kan? Lawan Sunderland je pun. Pada awal permainan, saya agak terkeliru sama ada saya sedang menonton perlawan bola sepak ke atau filem Predator Vs. Alien. Di bawah saya akan tunjukkan kekeliruan saya.


Sila cari 10 persamaan yang ada!

Wednesday, August 19, 2009

Malaysia: Azraai rindu sentuhan Marlon

Jurulatih pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah, mengaku merindui sentuhan bekas pemain import pasukan tersebut, Marlon Alex James. Marlon sebelum ini telah berjaya membantu pasukan Kedah merangkul 3 piala pada tahun 2008. Marlon juga telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super pada tahun tersebut.

Mengikut beberapa laman gosip online, hubungan intim Azraai-Marlon telah dikesan pada penghujung tahun 2007. Mereka berdua juga pernah dilihat berpegangan tangan di sekitar bandar Alor Setar. Ada juga kenyataan saksi yang mengaku pernah melihat mereka berpelukan di sebuah taman di atas motor RX-Z seperti aksi 3gp mat rempit.

Kenyataan kontroversi dari jurulatih tersebut, telah mengundang perhatian para ilmuwan di Kedah. Antara yang cuba meraih populariti murahan dari berita tersebut ialah Ulama' UMNO. mereka telah bercadang untuk mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu. Mesyuarat mereka akan diadakan di Hawaii dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Bodoh kan mereka?



Saya hilang selera makan selama 2 hari memikirkan 'aksi' mereka.

Monday, August 17, 2009

EPL: Arsenal hanya di awal musim

Secara jujur, saya sedikit pun tidak berniat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak EPL. Ini adalah kerana EPL sangat membosankan. Hanya segelintir peminat yang baru nak kenal dengan dunia bola sepak sahaja yang akan memberi fokus kepada EPL. Saya juga berasa lebih baik jika saya pergi memancing dari menyaksikan budak-budak seperti Rooney, Torres, Lampard dan Nasri bermain bola. Tahap mereka jauh jikalau nak dibandingkan dengan pasukan gergasi seperti Real Madrid.

Setelah pasukan Chelsea memenangi Perisai Komuniti pada minggu lepas, giliran Arsenal untuk tunjuk belang pada minggu ini. Kemenangan 6-1 ke atas Everton agak mengejutkan dan membuatkan peminat-peminat Arsenal macam hilang pedoman. Meraka tidak sedar bahawa Arsenal hanya garang untuk 3 bulan pertama sahaja, dan akan mengekalkan tempat ke-4 sehingga ke hujung musim. Bengap kan?

Kekalahan 1-2 Liverpool kepada Totenham Hotspurs juga sudah diduga. Alasan Rafael Benitez berkenaan dengan masih awal musim, sangat tidak boleh diterima. Mana ada pasukan yang target nak kalah perlawanan pertama. Sangat tidak sekolah pemikiran pengurus Liverpool tersebut. Dan juga mengenai kemenangan 1- 0 Manchester United ke atas Birmingham juga boleh dikatakan tidak sengaja. Kemenangan tersebut sepatutnya dihadiahkan kepada tiang gol tersebut. Rooney yang berlari-lari selepas menjaringkan gol memang muka tak malu. Gol nasib pun nak bangga ke?


Apa kes? Wayne Kamel?

Mengenai Chelsea yang dikendalikan pengurus baru, Carlo Ancelloti, hanya menang 2-1 ke atas Hull City. Harus diingat, Chelsea memang dari dulu hanya suka menang tipis. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan peminat pasukan Chelsea, tak kira sama ada yang pure dari dulu mahupun yang baru nak sokong selepas Abramovich suntik duit besar-besaran, bahawa Ancelloti waktu dekat AC Milan dulu memang barai dalam bola sepak.


Mamat ni tengah kikis duit Abramovich!

Malaysia: Piala Malaysia akan bermula tidak lama lagi

Piala Malaysia akan bermula tidak lama lagi. Ini kerana Liga Super dan Piala FA telah tamat pada awal bulan Ogos ini. Kedua-dua kejuaraan telah dimenangi oleh pasukan bola sepak Selangor yang diketuai Amri Yahyah. Juara tahun lepas yang hanya mengharapkan pemain import, Kedah, berada di tempat kedua Liga Super. Tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan dari Pantai Timur, Kelantan. Selangor juga telah berjaya mengalahkan Kelantan di dalam final Piala FA. Nampak seperti Selangor satu pasukan yang kuat dari saya kecil lagi.

Apa yang menarik mengenai bola sepak Malaysia kebelakangan ini ialah mengenai pembabitan pasukan Polis Di Raja Malaysia dalam kancah bola sepak tempatan. Untuk pengetahuan, pasukan Polis dan Pahang telah tersingkir ke Liga Perdana untuk musim depan. Mengikut naluri saya, pasukan Polis tidak pernah berjaya mendapat tempat ke 4 dari bawah. Setiap liga yang mereka masuk, pasti berada di tempat tercorot. Apa maknanya?

Saya ada menonton perlawanan terakhir pasukan Polis tempoh hari. Pemain-pemain pasukan polis kelihatan tersenyum sambil menyelitkan duit di celah seluar mereka ketika mahu masuk ke padang. Apa kes?

Sejarah Bola Sepak


Tajuk di atas hanya pancing sahaja. Kami langsung tiada niat sedikit pun untuk cerita pasal sejarah bola. Cuma di sini kami ingin jelaskan mengapa blog ini dicipta. Blog "ballbola" ini adalah kolaborasi pertama diantara Fabio Kery dan David Perkham. Fabio Kery adalah seorang bekas pemain profesional bola sepak tepi padang mewakili planet bumi dan pakar mencari duit di depan gol, manakala David Perkham adalah seorang pakar sepakan lencong ke rumah orang lain dan mempunyai google maps di bahagian belakang tengkuknya.

"ballbola" akan memberi penerangan mengenai situasi bola sepak dunia. Jikalau ada pelawat yang tidak mahukan penerangan, tetapi dahagakan penerajang, kami juga sudi membantu. Kami akan sedaya upaya untuk berlaku adil dalam memberi ulasan mengenai bola sepak. Andai kata ulasan kami agak berat sebelah, padan muka anda. Siapa suruh anda tidak meminati pasukan bola sepak yang sama dengan kami. Dari dalam dan luar negara, berita hangat mengenai bola sepak akan disampaikan kepada anda, hingga anda tidak dapat tidur malam.

Kami berharap anda berasa terangsang dan ingin merusuh apabila membaca ulasan kami.

Terima Kasih (gaya Amy Search).